Pelantar SK318 Timi di Sarawak keluarkan gas pertama

Pelantar Timi yang dikuasakan sistem hibrid solar dan angin mampu mengeluarkan gas sehingga 300 juta kaki padu standard sehari. Gambar kredit Petronas

KUALA LUMPUR—Sarawak Shell Berhad (SSB) mengumumkan lapangan minyak Timi di Blok SK318, yang terletak kira-kira 202 kilometer di luar pantai Miri, Sarawak berjaya mengeluarkan gas pertamanya baru-baru ini.

Menariknya, Timi merupakan platform kepala tenaga pertama Shell di Malaysia yang dikuasakan oleh sistem kuasa hibrid solar dan angin, menurut Shell dalam kenyataan media semalam.

Timi direka untuk menghasilkan sehingga 50,000 tong bersamaan minyak sehari gas pada pengeluaran puncak dan akan mengalihkan gasnya melalui saluran paip baharu sepanjang 80 kilometer (km) ke hab pengeluaran F23. 

Projek ini menyokong pertumbuhan masa depan di kawasan tengah Luconia, di luar pantai Sarawak. 

“Platform tanpa pemandu ini juga lebih cekap kos, disebabkan oleh beratnya sekitar 60 peratus lebih ringan, berbanding platform kepala telaga penggerudian bantuan tender konvensional yang bergantung kepada minyak dan gas untuk kuasa.

"Timi menunjukkan kami memberikan lebih nilai dengan kurang pelepasan," kata Pengarah Gas Bersepadu dan Huluan Shell, Zoe Yujnovich dalam kenyataan itu.

Beliau menambah, ia menunjukkan keupayaan Shell untuk berinovasi dan menyampaikan projek yang selamat, boleh dipercayai dan mampan yang menyokong peralihan tenaga yang seimbang untuk Malaysia.

Projek ini menyokong pertumbuhan masa depan di kawasan tengah Luconia, di luar pantai Sarawak.

Untuk rekod, blok SK318 dikendalikan secara kerjasama oleh SSB yang memegang 75 peratus kepentingan, Petronas Carigali Sdn Bhd (15 %) dan Brunei Energy Exploration (10 %).

Pada 2022, Shell Malaysia mengambil keputusan pelaburan muktamad mengenai projek gas Rosmari-Marjoram, projek luar pesisir dan darat bersepadu terbesar di Sarawak, yang akan dikuasakan terutamanya oleh tenaga boleh diperbaharui. 

Platform luar pesisir akan menggunakan kuasa daripada 240 panel solar, manakala loji darat disambungkan kepada sistem grid Sarawak yang dibekalkan terutamanya oleh loji hidroelektrik.

Shell berbangga dengan sejarah panjang dan kejayaannya di Malaysia. Di bawah kendalian Pengurusan Petroleum Malaysia, PETRONAS, Shell terus komited untuk menyokong kemajuan ekonomi negara dan usaha peralihan tenaga dengan pelaburan yang kompetitif dan berdaya tahan.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) PETRONAS, Mohamed Firouz Asnan, berkata, medan Timi mampu mengeluarkan gas sehingga 300 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) menggunakan kurang daripada 5.0 kilowatt (kW) penjanaan kuasa berterusan.

“Kami gembira Shell dapat mengoptimumkan pembangunan Timi. Penggunaan sumber tenaga lebih bersih untuk menjana kemudahan luar pesisir Malaysia adalah komponen penting dalam strategi MPM untuk membina industri huluan yang lebih mampan.

“Pencapaian itu tidak mungkin dicapai tanpa sokongan padu kerajaan negeri Sarawak.

"Dipasang di kedalaman air kira-kira 143 meter, ia platform tetap terdalam di Malaysia setakat ini. Kedua-dua bahagian atas dan substruktur dipasang siap di tempatan, direka bentuk tanpa pengendalian pekerja dan dikuasakan oleh sistem tenaga hibrid solar dan angin,” katanya dalam kenyataan semalam.
Next Post Previous Post