Remaja parah dipukul meninggal dunia, dua lelaki diberkas

Remaja parah dipukul, Dua lelaki diberkas, Remaja lelaki dipukul, Sarawak Update, Berita Sarawak terbaru
Tangkap layar kes remaja lelaki kena pukul dalam kejadian di Jalan Tun Jugah awal pagi tadi.

KUCHING— Dua lelaki tempatan ditangkap susulan kes mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki yang dilaporkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat cedera parah dipukul.


Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata, suspek berusia 43 dan 50 tahun ditangkap oleh sepasukan polis daripada cawangan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.


Jelasnya, tangkapan itu susulan satu laporan polis yang telah diterima berhubung kejadian kena pukul sehingga mengakibatkan kecederaan parah bertempat di Jalan Tun Jugah pada 1 pagi hari ini.


"Mangsa, lelaki warga tempatan berumur 18 tahun telah dimasukan ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.


"Bagaimanapun, polis telah mengklasifikasikan sebagai kes bunuh apabila mangsa yang dimasukkan ke hospital telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegasnya, kedua-dua suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini bagi permohonan reman dan diluluskan selama tujuh hari sehingga 5 Ogos 2022 bagi membantu siasatan.


"Kes dipercayai berpunca daripada kisah percintaan mangsa.


"Bedah siasat akan di lakukan pada 30 Julai 2022," ujarnya.


Jelas Merbin, kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.


Menurutnya lagi, pada peringkat ini kes masih dalam siasatan.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang awam agar tidak mengambil tindakan yang melangkaui undang-undang dan mengalu-alukan maklumat orang awam yang mana boleh disalurkan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan dalam kes ini.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.