10 direman kes bunuh lelaki di Batu Kawa

KUCHING— Sepuluh individu ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di luar sebuah hotel di Batu Kawa pada 30 Oktober lalu direman lima hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata,siasatan kes itu masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Dalam kejadian pada 30 Oktober kira-kira jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia yang merupakan pekerja hotel itu telah dipukul oleh sekumpulan lelaki di luar premis berkenaan.

“Mangsa kemudian dibawa oleh anak perempuannya ke Hospital Umum Sarawak namun meninggal dunia akibat kecederaan otak,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan namun kini diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.