Dua jantan terpedaya pelaburan online rugi hampir sejuta

KUCHING-- Dua lelaki berusia 50-an dan 60-an di Sibu dan Kuching menjadi mangsa penipuan pelaburan melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM954,000.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kes di Sibu dilaporkan 28 Ogos melibatkan seorang peniaga online 

"Pada 14 Julai 2023 semasa berada di Sibu, mangsa telah terima mesej dari suspek bernama 'Karen' melalui aplikasi Telegram Id: @xkslslslaz dan Whatsapp.

"Suspek telah menawarkan mangsa pelaburan USDT Iaitu Eth Mining dan mangsa diterangkan tentang pelaburan tersebut," katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambahnya suspek meminta mangsa membuat pembelian USDT di mana modal wang USDT itu dikreditkan dalam akaun mining pool. 

Jelas Azman lagi, mangsa telah dijanjikan pulangan dari 2 peratus sehingga 3 peratus sehari dalam pelaburan pembelian USDT ini.

"Mangsa yang berminat, kemudian telah membuat 30 kali transaksi pindahan wang sebanyak RM796,000/- secara berperingkat ke 16 akaun bank yang berbeza bermula dari pertengahan Julai 2023 Sehingga pertengahan Ogos 2023. 



"Mangsa sedar telah ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan wang beserta keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan tersebut," jelasnya.

Di Kuching pula, Azman berkata polis menerima laporan daripada mangsa seorang kontraktor, 60-an, pada 28 Ogos.

"Pada 20 Julai 2023 semasa berada di 
Kuching, mangsa telah menerima mesej Whatsapp dari individu yang dan memperkenalkan diri sebagai 'Jess' dari Malaysia Stock Interactive 
Club. 

"Mangsa diterangkan mengenai pelaburan stock market dan mangsa 
yang berminat telah diberikan username dan id bagi membuat 
pelaburan tersebut. 

"Mangsa kemudian diarahkan untuk telah membuat lima kali transaksi 
pindahan wang sebanyak RM158,000 secara berperingkat kepada tiga
akaun bank yang berbeza bermula dari awal Ogos 2023 sehingga pertengahan Ogos 2023," katanya.

Menurutnya lagi, mangsa sedar telah ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan wang beserta keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai hanya melabur di platform yang betul dan 
berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti 
Malaysia sahaja.

Next Post Previous Post