Buaya gergasi ditangkap di Kampung Bertong Matu

MUKAH: Penduduk di Kampung Bertong Matu dikejutkan dengan penangkapan seekor buaya gergasi di Kampung Mertong Matu petang tadi.

Sumber mengatakan bahawa reptilia ganas itu berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan didaratkan sekitar jam 5.12 petang.

Sejurus didaratkan oleh penduduk kampung, ianya diiikat lalu ditarik ke kawasan daratan berhampiran sungai.

Buaya berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.

Panjang serta berat sebenar reptilia terbabit bagaimanapun belum dapat dipastikan.

Gambar dan video WAG
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.