Lelaki terjatuh dari bot ekspres semasa sedang mengangkat barang ke dalam bot

SIBU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai semasa mengangkat barang dari bot ekspres ke dalam bot di wharf sungai Lembangan Sibu tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, sepasukan anggota dari BBP Sibu Sentral bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.26 tengah hari.

Menurutnya, maklumat awal yang diperoleh dari saksi kejadian mendapati semasa insiden berlaku, seorang mangsa yang merupakan lelaki berbaju dan berseluar hitam terjatuh ke dalam sungai dari atas bot express semasa sedang mengangkat barang ke dalam bot.

Justeru, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dimulakan serta-merta pada jam 12.30 tengah hari yang mana PKB juga turut dibuka di lokasi pada jam 1.20 petang.

"Usaha pencarian pada hari pertama ini mensasarkan pencarian secara permukaan termasuk menggunakan peralatan ‘grappling iron’ bagi tujuan mengesan serta mengeluarkan mangsa dari dalam air, namun mangsa masih gagal dikesan.

Sebarang perkembangan terbaharu katanya akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Gambar PGO Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.