Dua wanita alami kecederaan, 4WD dinaiki terjunam ke dalam gaung
BINTULU: Dua wanita mengalami kecederaan selepas sebuah pacuan empat roda (4X4) yang dinaiki keduanya terjunam ke dalam gaung di Jalan Samarakan awal pagi tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota PKO BBP Bintulu dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 8.37 pagi.
Tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan melibatkan sebuah 4X4 yang terjatuh ke dalam gaung.
"Kedua-dua mangsa bagaimanapun telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Bintulu dengan menggunakan kenderaan syarikat sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian," ujarnya.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak membuat pemantauan bagi memastikan tiada mangsa lain di lokasi.
Setelah memastikan keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.