SPRM tahan reman pengurus ladang buat tuntutan palsu berjumlah RM60,000

BINTULU -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengurus ladang bagi membantu siasatan kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM60,000 kepada sebuah syarikat perladangan.

Perintah reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 28 Mei 2023 dikeluarkan oleh Majistret Salina Sahrom di Mahkamah Majistret Bintulu pagi tadi selepas permohonan reman dibuat SPRM.

Menurut sumber, suspek berusia 41 tahun ditahan kira-kira jam 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Bintulu, Sarawak.  

Tambah sumber, sekitar tahun 2021 suspek dipercayai telah bersubahat dengan pengurus syarikat lain dalam membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM60,000 kepada syarikat perladangan terkemuka negara bagi sewaan peralatan untuk kerja-kerja membaiki jalan sebuah ladang namun sewaan tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.