Disambar buaya ketika berenang ke perahu
SANDAKAN - Seorang kanak-kanak lelaki disambar buaya ketika berenang ke perahu selepas mencari siput di kawasan Pulau Sumangut Payau.
"Berdasarkan maklumat daripada saksi, mangsa sebelum itu mencari siput di kawasan berkenaan dan selepas selesai mangsa mahu kembali semula ke perahunya.
"Ketika berenang menghampiri perahu, tiba-tiba mangsa disambar buaya," kata Ketua Balai Bomba Sandakan Severinus Sainkui ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 12 tahun telah ditemukan pada jam 10.38 pagi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
"Mangsa ditemukan kira-kira satu batu nautika dari lokasi kejadian dan dilaporkan telah meninggal dunia.
Sumber: Laporan dan Gambar Ihsan Sinar Harian
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.