Kebanjiran buruh asing warga India di tapak perindustrian meresahkan Anak Sarawak.

"Kalau mereka membawa masuk pakar, kita faham. Ini pekerja am. Takkan general worker pun nak membawa masuk buruh asing?" adu seorang pembaca kepada Borneo Network 

Malah lebih merisaukan, pembaca itu mendakwa ada kes di mana buruh India berusia baru 22 tahun diberi kepercayaan menjadi penyelia.

" (Warganegara) India 22 tahun jadi Supervisor, apakah ini, nak meletupkan Plant kita kah ini?"

"Oil & Gas bukan utk trainee tuan, bahaya kita yg di Sarawak, dorang habis balik, tapi kita yg tinggal."

Lebih mengecewakan beliau, kebanyakan projek diberikan kepada syarikat Semenanjung yang mahukan keuntungan besar menggaji buruh asing serta menafikan peluang Anak Sarawak. 

Walapun isu ini sudah lama berlegar, pemimpin Sarawak dan Petronas belum memberikan sebarang komen. Malah kesatuan pekerja minyak dan gas Sarawak takut bersuara kerana mengharapkan dana dari kerajaan Sarawak, takut bajet kena potong.

"enda ulih selalu. 🤣🤣 laban sogwa perlu budget ari perintah," kata satu sumber yang enggan namanya disiarkan.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.