Motosikal dirempuh pikap, pembonceng maut, penunggang parah

MIRI-- Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang diboncengnya dirempuh pikap di Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, dalam nahas yang berlaku sekitar 6.17 petang itu, mangsa, 20, telah meninggal dunia di Klinik Kesihatan Niah semasa menerima rawatan.

Katanya, penunggang motosikal iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun bagaimanapun dilaporkan cedera parah.

"Kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal yang menghala balik ke rumah telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan Toyota Hilux,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.