PDRM buru suspek rompak dan belasah pemborong sayur

KUCHING-- Polis kini giat memburu suspek yang terlibat dalak kes rompak dan belasah seorang lelaki warga emas, di sebuah kedai kopi berhadapan pasar Pentanak pada tengah hari Ahad lalu.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kertas siasatan berhubung kes itu telah dibuka di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. 

"Kami membuka kertas siasatan di bawah seksyen 394kk mendatangkan kecederaan yang teruk dalam rompakan," katanya.

Seksyen 394 Kanun keseksaan memperuntukkan seseorang melakukan kesalahan merompak sehingga menyebabkan kecederaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, seorang pemborong sayur cedera parah dan koma akibat dibelasah dengan kejam oleh perompak di sebuah kedai kopi berhadapan pasar Pentanak.

Menurut sumber, suspek memukul mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an itu dengan objek tumpul di kepala dalam bilik tandas awam di kedai tersebut.

Lebih menyayat hati, selepas dipukul suspek, muka mangsa dihempap dengan sekartun air mineral menyebabkannya terbaring berlumuran darah di tandas tersebut.    

Difahamkan, suspek dipercayai warga asing yang telah bekerja sebulan di kedai kopi tersebut.

Suspek datang untuk membuka kedai kopi tersebut manakala mangsa tiba sekitar jam 12.59 tengah hari.

Menurut saudara mangsa, bapa saudaranya merupakan seorang pemborong sayur-sayuran yang membekalkan sayur-sayuran ke pasar Pentanak. 

Katanya, mangsa biasa mengumpul wang pada sebelah petang dan minum kopinya di sana. 

Anak saudara itu percaya suspek telah memantau pergerakannya sejak sebulan lalu.

Selain itu, beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menunggu di luar tiolet dan apabila mangsa keluar, dia memukulnya beberapa kali. 

Rakaman itu turut menunjukkan semasa mangsa mengalami pendarahan suspek berterusan menumbuk kepala mangsa walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

Suspek malah mengambil baju kemeja-t gelapnya ketika sedang membelasahnya. 

Dia kemudian mengambil segumpal wang dan kemudian menukar pakaiannya dari beg galas yang diletakkan berdekatan.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, hari ini, mangsa telah sedar namun tidak dapat bercakap dengan polis kerana masih kabur.

Dipercayai mangsa mengalami kecederaan serius di kepalanya.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.