Lelaki cedera pada kaki selepas jatuh tangga

MIRI--Seorang lelaki cedera pada pegelangan kaki kanan selepas tiba-tiba terjatuh tangga di hadapan pusat beli-belah di Jalan Pujut-Miri, malam Selasa.

Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.45 malam tadi telah bergegas ke lokasi kejadian.

Sejurus tiba di lokasi, anggota APM segera melakukan rawatan awal terhadap mangsa berusia 28 tahun itu sebelum diserahkan ke sebuah hospital swasta untuk rawatan susulan.

Difahamkan, mangsa telah tersadung semasa menuruni tangga tersebut lalu menyebabkan beliau terjatuh.

Orang awam yang berada di lokasi kejadian telah segera memaklumkan pihal APM untuk bantuan.

📸 APM Miri
Next Post Previous Post