Silap eja peribahasa, papan tanda PH diturunkan
![]() |
Kesilapan itu tertera ‘berat sama dipukul, ringan sama dijinjing’, yang sepatutnya berbunyi ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. |
JOHOR BHARU— Papan tanda Pakatan Harapan (PH) di kawasan Parlimen Kluang yang mengandungi kesilapan ejaan pada peribahasa yang digunakan telah diturunkan setelah pihak parti itu menyedari kesilapan.
Calon PH yang juga penyandang kerusi Parlimen Kluang Wong Shu Qi dalam satu kenyataan hari ini berkata papan iklan berkenaan diturunkan dua jam selepas ia dipasang pada Jumaat lepas sejurus pihaknya menyedari kesilapan berkenaan, lapor Bernama.
Papan tanda tersebut yang mengandungi kesilapan itu tertera ‘berat sama dipukul, ringan sama dijinjing’, yang sepatutnya berbunyi ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.
"Kami mengakui kesilapan ini dan ia adalah kesilapan dalam menaip perkataan tersebut,” kata Wong yang mengucapkan terima kasih kepada yang menegur bagi membolehkan pembetulan dilakukan.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.