Vietnam kategorikan cacar monyet penyakit berjangkit bebahaya

Vietnam merekodkan beberapa kes positif bagi pelancong yang pulang dari luar negara. Gambar hiasan

HANOI— Kementerian Kesihatan Vietnam menyenaraikan cacar monyet sebagai penyakit berjangkit Kumpulan B, iaitu penyakit berjangkit berbahaya yang mampu merebak dengan cepat dan mungkin menyebabkan kematian.


Keputusan itu dibuat berdasarkan cadangan Jabatan Perubatan Pencegahan kementerian itu, lapor Bernama.


Aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit dijalankan mengikut Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit berdasarkan sifatnya, kebolehjangkitan dan kadar kematian cacar monyet.


Vietnam merekodkan beberapa kes positif bagi pelancong yang pulang dari luar negara


Cacar monyet kali pertama dilaporkan pada 1958 dan dikesan pada monyet yang dibiak bagi tujuan penyelidikan.


Sejak Mei 2022, wabak itu telah merebak ke pelbagai negara dan simptomnya hampir serupa dengan cacar.


Tempoh inkubasi cacar monyet biasanya dari enam hingga tiga belas hari, dan gejala mungkin berbeza-beza bergantung pada peringkat penyakit.


Gejala biasa cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, menggigil, keletihan, dan ruam yang kelihatan seperti lepuh di muka atau di dalam mulut atau di bahagian lain badan, seperti tangan, kaki, dada, alat kelamin atau dubur.


Penyakit ini boleh hilang dengan sendirinya dalam tempoh dua hingga tujuh hari.


Di Vietnam, penyakit berjangkit dikelaskan kepada tiga kumpulan.

Next Post Previous Post