Laluan sementara ke Vista Perdana dibina minggu ini
![]() |
Lee(tengah) bersama pembantu pengurus Jabatan Kerja Raya Bahagian Utara Michael Ting di tapak yang dicadangkan akan dibina laluan masuk sementara ke Vista Perdana |
MIRI— Laluan masuk sementara ke kawasan perumahan Vista Perdana akan dibina bermula minggu ini.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin berkata, ia meliputi pembinaan pembetung di kawasan jalan masuk ke Vista Perdana.
“Pemaju Naim yang juga kontraktor projek akan mula membawa masuk jentera dan peralatan pembinaan ke kawasan tersebut esok.
Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap dalam tempoh sebulan,” katanya.
Lee berkata demikian selepas merasmikan simpang Jalan Southlake-Miri By Pass dan pengoperasian sistem lampu isyarat masuk ke persimpangan tersebut hari ini.
Sebelum ini, penduduk perumahan Vista Perdana menyuarakan kegusaran kerana ketiadaan simpang masuk ke Vista Perdana.
Keadaan ini menyebabkan penduduk terpaksa melalui laluan sepanjang 4 kilometer sebelum membuat pusingan U di Jejambat Permyjaya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.