Bekas Pengarah DBKU, antara 3 maut kebakaran
![]() |
Mayat mangsa terlibat kebakaran di Kampung Gita dibawa keluar dari lokasi malam tadi. |
KUCHING—Tiga individu termasuk dua wanita ditemukan maut setelah terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Gita di sini, malam ini.
Mangsa yang maut ialah bekas Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Afandi @ Pandi Keli, 69, anaknya Aneeqa, 35, dan anak saudaranya Nor Hasyidah Ajis, 22.
![]() |
Kebakaran di Kampung GIta malam tadi. |
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.03 malam, dan kesemua mangsa ditemukan terperangkap di tingkat atas rumah berkenaan, lapor Bernama.
“Setibanya di tempat kejadian, bomba mendapati rumah teres dua tingkat berstruktur kekal itu terbakar 100 peratus, manakala sebuah lagi rumah turut terbakar sebahagiannya, selain empat kenderaan turut musnah.
“Ketiga-tiga mangsa dipercayai lemas selepas terperangkap dalam asap tebal,” katanya dalam kenyataan.
Jurucakap itu memaklumkan operasi mengawal serta memadam kebakaran berakhir pada jam 11 malam dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.