Liz Truss pecah rekod jadi Perdana Menteri paling singkat
LONDON: Di Malaysia mungkin akan menganggap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang pemimpin yang menjadi Perdana Menteri (PM) paling singkat.
Namun, di Britain, PM Liz Truss yang baharu memegang jawatan tersebut selama enam minggu sudah meletak jawatan berkenaan sekali gus menjadikan beliau pemimpin yang paling singkat menjawat jawatan itu.
We delivered on energy bills and on cutting national insurance.
— Liz Truss (@trussliz) October 20, 2022
We have continued to stand with Ukraine and to protect our own security.
And we set out a vision for a low tax, high growth economy – that would take advantage of the freedoms of Brexit. pic.twitter.com/fi6rtdBRAf
Jelasnya, beliau mengakui tidak dapat menunaikan janji yang dibuatnya ketika bertanding sebagai pemimpin Konservatif, sekali gus kehilangan kepercayaan daripada partinya.
“Saya akui memandangkan situasi itu saya tidak dapat menyampaikan mandat yang mana saya dipilih oleh Parti Konservatif.
"Sehubungan itu, saya sudah maklumkan kepada raja mengenai peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif,” katanya.
Tambahnya, ekoran daripada itu satu pemilihan pemimpin (jawatan Perdana Menteri) akan diadakan dan diputuskan pada minggu depan.
Sehubungan itu, katanya, beliau akan terus memegang jawatan tersebut sementara sehingga PM baharu dipilih.
Truss memberitahu, ia bagi memastikan kestabilan ekonomi dan keselamatan negara tersebut.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.