Sarawak masih kekurangan guru meskipun capai nisbah guru 90:10


KOTA SAMARAHAN-- Sarawak masih mengalami kekurangan guru bagi beberapa matapelajaran meskipun 95 peratus guru di negeri ini adalah anak Sarawak, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Memetik laporan DayakDaily, Sagah berkata, nisbah guru di Sarawak telah mencapai sasaran 90:10.


Jelasnya, kekurangan guru masih menjadi isu yang perlu ditangani agar sektor pendidikan negeri dapat berkembang maju.


“Kekurangan guru yang kita ada adalah untuk mata pelajaran tertentu sahaja seperti Pendidikan Agama

Islam.


"Ini sudah tentu melibatkan kumpulan guru yang berbeza," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kit robot RERO: Mirco 2022 di Dewan Sri Samarahan, Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak

Kampus (IPGKTAR) di sini hari ini.


Pada majlis itu, seramai 41 sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Daerah Samarahan menerima kit robot yang merupakan pemacu robotik program pembelajaran. 


Ini susulan kejayaan projek rintis melibatkan 10 sekolah anjuran Kelab Robotik IPGKTAR yang diketuai oleh penyelaras Dr Tay Soon Hiang, pada bulan Julai dan Ogos.


Sagah mendedahkan bahawa program serupa yang berkaitan dengan pengkomputeran dan kejuruteraan akan

dijalankan di bahagian lain di Sarawak dengan bantuan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti.


Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap MEITD Datu Kameri Affandi, Timbalan Pengarah (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Sarawak Dr Les Met, Setiausaha Politik Premier Sarawak Demen Rejek dan Pengarah IPGKTAR Anis Alisya Abdullah.


Next Post Previous Post