Pesara tentera maut ditembak selepas disangka babi hutan

Pesara tentera maut, Tentara maut ditembak, Tentara disangka babi hutan, Sarawak Update
Pasukan forensik berada di lokasi kejadian, kira-kira 1 kilometer dari Kampung Giam.

PADAWAN— Seorang pesara tentera maut dipercayai terkena tembakan senapang rakannya ketika sedang memburu di kawasan hutan perkuburan lama, kira-kira 1 kilometer dari Kampung Giam, di sini pagi semalam.


Mangsa, Gadin Gambong, 64  beralamat dari Kampung Garong meninggal dunia di lokasi kejadian dengan 13 kesan tembakan pada badan.


Lokasi insiden tertembak rakan sendiri semasa memburu pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa bersama tiga rakannya telah keluar seawal 8 pagi untuk memburu babi hutan dengan bantuan anjing.


Beliau menambah, mereka kemudian berpecah dengan dua daripada pemburu bersama anjing mengepung babi tersebut manakala suspek dan mangsa menunggu di tempat binatang buruan itu dijangka akan keluar.


“Kejadian berlaku sekitar 11.45 pagi selepas suspek berusia 70 tahun itu ternampak pergerakan binatang seperti babi hutan. Dalam jarak lebih kurang 20 meter,  suspek telah melepaskan tembakan.


Melihat ‘binatang’ tersebut seperti mahu melarikan diri, suspek sekali lagi melepaskan tembakan kedua. Apabila suspek menghampiri, suspek mendapati yang telah ditembak adalah rakan sepemburuannya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.


Dengan bantuan adik kepada mangsa, mereka mendapatkan bantuan untuk memaklumkan pihak polis berhubung kejadian itu.



Abang Zainal menambah, pemerikaan awal Forensik D10 mendapati jarak suspek dengan mangsa dalam tembakan pertama kira-kira 55 kaki manakala tembakan kedua pada jarak 11 kaki.


Polis turut merampas dua laras senapang patah, dua kelongsong peluru tertera GB Buckshot, sebutir peluru jenama Sellier dan Bellot 12, buku kebenaran membawa dan menggunakan senjata serta lesen memiliki senjata api.


Ketiga-tiga suspek termasuk mangsa merupakan pesara tentera.


Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan akan direman di Mahkamah Kuching keesokan hari.


Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.