Bangunan kedai terbakar di Kota Sentosa
![]() |
Gambar kredit Bomba |
KUCHING--Sebuah bangunan kedai terbakar di Kota Sentosa, di sini,pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang Dan BBP Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.
"Anggaran kawasan yang terbakar adalah 10 peratus,pasukan Bomba menggunakan satu aliran bantu mula bagi memadam api sehingga padam sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,setelah mendapati keadaan terkawal dan selamat pasukan Bomba berangkat balik ke balai.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.56 pagi.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.