Lahanat aniaya peniaga online buat pesanan palsu perlu dijejaki, didakwa

Tangkap layar pengalaman peniaga yang bukan sahaja merasakan diri tertipu malah diherdik dengan kata-kata kesat.

KUCHING—  Kecoh di media sosial mengenai nasib malang seorang peniaga online yang bukan hanya ditipu pelanggan, malah dimaki dengan kata-kata kesat.


Peniaga tersebut melalui akaun Facebook Nur Shila Whg Sarawak, meluahkan rasa teraniaya dan berharap ia menjadi teladan kepada peniaga online yang lain agar berhati-hati daripada penipuan.



"Hati dgn no ya gaisss..


Jauh2 kmk dari Samarahan ke Kuching dgn jln jem gik. Last2 kita gik di anok nya sial..Aduhhh..Kmk xpernah viral org..tpi ari tuk kmk viral sbb takut org lain di polah nya cam ya juak...Kesian bah bukan murah pun minyak nak g cod juah2 ya…”, katanya.


Dalam hantaran itu, beliau turut berkongsi tangkap layar mesej pelanggan tersebut yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp, antaranya mengandungi kata-kata kasar dan biadap.


Petang semalam, pelanggan beralamat dari Matang Batu 5 Flat Taman Dahlia tersebut menempah tiga kotak skinny coffee dengan harga termasuk caj penghantaran RM115.70.


Namun peniaga tersebut merasakan dirinya tertipu apabila sampai di lokasi, pembeli tersebut memberikan pelbagai alasan sebelum mengherdiknya dengan kata-kata kesat.


Nur Shila dalam ruangan komen berkata, “xtauklah ya upa jauh kita cod nya main2.Sik beli kmk sik kisah ya nyumpah org sial n anok bodo..Aduhhh.”


Perkongsian Nur Shila itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan netizen terutama peniaga-peniaga online.


Seorang netizen berkata, “urg cmtok mun d temu f2f nang mok jk ku tlg lempang skali bia bodonya ya klua abis tkut klk smpe ke anak cucuk bodo ya mlekat..apa kah reti mlh org gia xtauk reti org crik duit kli skati nya nk mlh jk org gia...xpa karma sntiasa ada”, katanya.


Seorang lagi netizen menambah, “Ya allah eyh..knk pengempang mcm ya o..kita cari rezeki bah..mun x bli..jgn polah urg gia…”


“Prnh juak knk masa cod .dh smpei dpn umh mdh cncel .mcm alasan. Ingt tek nk mkei duit ya k bli brg ank dolok kian nggu lki gji .hmm. Sabar kak”


Sementara itu, netizen turut menasihatkan beliau melaporkan kejadian itu kepada polis untuk tindakan selanjutnnya kerana menipu dan mengeluarkan kata-kata kesat.


“boleh polah report polis tok mengeluarkan kata2 lucah..ajar sikit org bodo kedak tok..please polah repot polis. Akta 574 seksyen 509 boleh digunakan kerana menggunakan kata kesat dan berundur lucah,”


Perbuatan pura-pura beli barangan yang dijual di platform media sosial seperti Facebook kian menjadi-jadi sejak akhir ini.


Sikap individu yang tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyusahkan namun merugikan para peniaga dalam talian.


Apatah lagi golongan peniaga kecil-kecilan yang bersusah payah mencari rezeki di platform media sosial namun menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab.


Modus operandi individu tidak bertanggungjawab ini ialah dengan berpura-pura serius hendak membeli barang dan membuat tempahan dengan menjual.


Setelah barang yang ditempah siap, mangsa menghubungi semula individu berkenaan untuk menghantar barang yang dipesan.


Namun, individu terbabit membatalkan tempahan tersebut dan menyekat nombor peniaga berkenaan.


Tindakan ini sekali gus menyebabkan peniaga mengalami kerugian dari segi kos terutama tempahan melibatkan barangan makanan.

Next Post Previous Post