Pencuri dihempap kepingan atap, tiada dipukul

Pencuri dihempap kepingan atap, IPD, Sarawak Update, Berita Sarawak terbaru
Tangkap layar video tular pencuri dihempap kepingan atap. Gambar kredit PDRM

KUCHING—Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah menahan seorang lelaki yang dipukul orang awam setelah disyaki mencuri di tapak pembinaan kawasan Masja di sini, baru-baru ini.


Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, lelaki terbabit kini direman sehingga 24 Ogos 2022 bagi membantu siasatan.



"Pihak polis telah mengesan satu rakaman video berdurasi 14 saat yang tular di laman Facebook semalam mendakwa suspek  dipukul oleh orang awam semasa ditangkap," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ahsmon, penahanan suspek oleh orang awam menerusi rakaman video tersebut disebabkan suspek disyaki mencuri di tapak pembinaan di kawasan Masja di sini.


Susulan penangkapan itu katanya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Jika didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali, katanya.


Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan tiada sebarang maklumat menunjukkan suspek telah dipukul.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.