12 Pasukan Bomba Komuniti ditubuh di Asajaya dan Kota Samarahan

12 Pasukan Bomba Komuniti ditubuh, Asajaya, Kota Samarahan, Ahli Parlimen, Sarawak Update
Datuk Rubiah Wang bersama ahli Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak dari BBP Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN—Sebanyak 12 Pasukan Bomba Komuniti ditubuhkan di Daerah Asajaya dan Kota Samarahan pada tahun ini.


Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, pasukan itu melibatkan seramai 109 ahli dan 39 ahli Suri dari Daerah Asajaya dan Kota Samarahan yang telah menamatkan latihan yang bermula pada 18 hingga 19 Ogos 2022.


Datuk Rubiah Wang mendengar taklimat ringkas daripada Datu Khirudin mengenai operasi bomba di Dewan Suarah Kota Samarahan hari ini. 


Beliau amat menggalakkan usaha pengembangan perkhidmatan masyarakat dalam membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menghadapi situasi kecemasan dalam komuniti masing-masing.


"Peranan masyarakat dalam memberikan kesedaran kepada komuniti masing-masing amat diperlukan terutamanya dalam usaha mencegah kebakaran sebelum ia menjadi sebuah kebakaran yang besar dan menjejaskan keseluruhan kejiranan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Pasukan Bomba Komuniti dan Fire Point di Dewan Suarah Kota Samarahan hari ini.


Turut hadir ialah Pengarah JPBM Negeri Sarawak, Datu Khirudin Drahman @ Husaini; Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JPBM Sarawak Mohd Fauzi Mohamat Kifli; Ketua Zon 2 JPBM Sarawak Unjar Lum; Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya PBT Mosli Salim dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan Ebby Hirwandy Sarbini.


Turut memeriahkan lagi majlis, dua buah tabika dari Tabika Kemas Taman Samarindah A & B serta Tabika Kemas Kampung Bukit Berangan menyertai pertandingan mewarna dan persembahan pentas.


Tabika ini adalah merupakan ahli Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak dari BBP Kota Samarahan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.