-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Kemuka tuntutan palsu RM3 juta, arkitek ditahan

| Ogos 20, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-20T10:48:55Z

KUALA LUMPUR— Seorang arkitek ditahan kerana disyaki membuat tuntutan palsu dianggarkan bernilai RM3 juta berkaitan sebuah projek pembangunan di pantai timur.


Lelaki berusia 40-an itu ditahan susulan penahanan empat individu termasuk seorang pengurus syarikat hartanah berhubung kes sama pada 16 Jun lepas.


Sumber berkata lelaki berkenaan ditahan kira-kira 6 petang semalam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.


“Suspek disyaki terlibat dalam tindakan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek yang keseluruhannya bernilai lebih RM300 juta sedangkan kerja-kerja tidak dilaksanakan.


“Lelaki direman empat hari bermula hari ini selepas Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan reman oleh SPRM pagi ini,” kata sumber itu.


Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update