Notification

×

Iklan

Iklan

Dedah butiran terkini guru didakwa rogol pelajar di Bintulu kepada awam

| Ogos 18, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-18T09:51:18Z
Kelvin Yii

KUCHING—Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mendedahkan kepada awam perkembangan terkini kes seorang guru yang didakwa merogol pelajar di sebuah sekolah di Bintulu.


Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii Lee Wuen berkata, pendedahan itu penting kerana ia melibatkan kepentingan awam


“Sehingga hari ini guru tersebut masih belum berjaya dikesan dan ditangkap. Orang awam mulai gusar dan bimbang.


“Sudah lebih lima hari namun setakat ini kita belum menerima apa-apa berita terkini mengenai suspek,” katanya dalam kenyataan semalam.


Kelvin menambah, agak menghairankan suspek boleh ‘meloloskan’ diri dari Sarawak memandangkan negeri ini mempunyai autonomi imigresen.


“Saya pasti Jabatan Imigresen mempunyai rekod apabila dia meninggalkan Sarawak dan ke mana dia pergi," katanya.


Kelvin memberitahu, polis boleh memantau transaksi perbankan guru berkenaan untuk menentukan keberadaannya atau mendapatkan perintah mahkamah untuk membekukan akaunnya.


Jelasnya, ini akan menyebabkan guru berkenaan keluar daripada tempatan persembunyiaannya.


“Suspek mesti dikesan dan ditangkap secepat mungkin bagi menjamin keadilan kepada mangsa dan keluarga mangsa.


"Jika dibiarkan, ia memberi anggapan seolah-olah menangguhkan keadilan untuk angsa dan keluarga,” katanya.


Selain itu menjejaskan keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah tersebut kerana merasakan tidak dilindungi sepenuhnya.


Katanya, isu ini amat serius dan sangat malang kerana berlaku di sekolah, yang sepatutnya selamat untuk anak-anak menimba ilmu namun diambil kesempatan oleh pemangsa.


Guru berusia 33 tahun yang berasal dari Tumpat, Kelantan itu dikehendaki polis selepas menghilangkan diri sejak 19 Julai susulan laporan polis dilakukan dua mangsa berusia 14 tahun itu pada 27 dan 29 Julai.


Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Batholomew Umpit pada Rabu berkata, guru itu dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

×
Berita Terbaru Update