Notification

×

Iklan

Iklan

Duda Menggatal dipenjara curi seluar dalam wanita

| Ogos 18, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-19T03:26:26Z
Gambar hiasan

KOTA KINABALU— Seorang duda dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri seluar dalam wanita, minggu lalu.


Memetik Harian Metro, tertuduh, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.


Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Dalam rayuan, peguam Nabila Norsahar dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan memandangkan anak guamnya mengaku bersalah dan menyesal atas perbuatannya.


Nabila memaklumkan tertuduh sudah bercerai dan mempunyai dua anak selain tidak bekerja.


Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Inspektor Albert Basiri memohon hukuman setimpal kerana lelaki itu melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab terhadap wanita.


“Kes ini membabitkan kepentingan awam khususnya wanita. Semasa ditahan tertuduh didapati memakai seluar dalam wanita itu,” katanya.


Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mencuri pakaian dalam wanita di Taman Puncak, Menggatal, di sini, pada 1.39 pagi, 11 Ogos lalu.


Kejadian itu berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tertuduh mencuri pakaian dalam wanita menggunakan sebatang kayu di beranda belakang rumah mangsa.


Tertuduh kemudian ditahan di rumahnya pada 13 Ogos lalu dan pemeriksaan menemui 10 jenis pakaian dalam wanita berada dalam simpanan tertuduh.

×
Berita Terbaru Update