14 ditahan dalam Op Dadu sekitar Kuching

Gambar kredit Polis

KUCHING—Sebanyak 14 serbuan membabitkan 14 tangkapan lelaki warga tempatan berjaya dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dalam Op Dadu bermula 1 sehingga 17 Ogos.


Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, selain itu turut dirampas wang tunai berjumlah RM1,157 dan 14 unit telefon bimbit pelbagai jenama dan pemotongan elektrik.


Gambar kredit Polis


“Sebanyak 14 kertas siasatan telah dibuka iaitu 13 di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu perjudian atas talian.


Manakala satu kes di bawah Seksyen 4a (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu perjudian loteri awam tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Ahsmon menambah, sebanyak lima kertas siasatan telah dituduh di bawah Seksyen 4b (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu perjudian atas talian (online) yang telah dijatuhkan
hukuman yang paling rendah RM10,000.00 dan paling tinggi RM40,000.00 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda.


Tambahnya, sembilan lagi kertas siasatan lain akan dituduh sebaik sahaja selesai.


“Op Dadu akan diteruskan dan diperhebatkan lagi bagi membanteras aktiviti perjudian haram,”katanya.


Beliau amat mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan aktiviti perjudian di daerah Kuching dengan menyalurkan maklumat di balai polis yang berhampiran.

Next Post Previous Post