Singapura hasilkan bir guna air jamban

Singapura, Bir, Bir air jamban, NEWBrew
NEWBrew, bukan bir biasa tetapi guna air jamban. Gambar kredit Brewerkz

SINGAPURA— Lazimnya, air tandas dan sisa kumbahan terawat dilepaskan ke sungai atau laut, namun di Singapura setiap titisan air dimanfaatkan sepenuhnya.


Kolaborasi sebuah syarikat pembuat bir tempatan iaitu Brewerkz dan agensi air nasional Public Utiliti Board (PUB) berjaya menghasilkan ’NEWBrew’, bir menggunakan air sisa tandas kitar semula dan terawat.


NEWBrew menggunakan air kitar semula daripada loji rawatan kumbahan. Gambar kredit Brewerkz


Memetik portal berita Bloomberg, NEWBrew ini mulai dipasarkan di pasar raya dan outlet Brewerkz pada April.


NEWBrew menggunakan NEWater, air minuman yang dikitar semula daripada sisa kumbahan.


Air minuman NEWater ini dirawat menggunakan sinaran ultraviolet untuk membasmi bakteria dan virus dan kemudian ditapis melalui kaedah moden untuk mengasingkan sisa pencemaran.


Pemantauan di fasiliti pemprosesan bir. Gambar kredit Brewerkz


Menurut laporan itu, tujuan penggunaan teknologi moden ini ialah bagi meningkatkan kesedaran, bahawa apa jua air yang dirawat, ia tetap air.


Menurut PUB, penghasilan bir ini salah satu usaha mereka untuk mendidik rakyat di negara itu pentingnya kitar semula dan penggunaan air secara mampan.


“Kini mereka sedang mempelopori kaedah moden memproses air sisa kumbahan kepada air yang selamat digunakan untuk memenuhi keperluan rakyat negara itu.


Malah bandar seperti Los Angeles dan London meneliti untuk mengikut jejak Singapura,” kata laporan itu.


Ketua Brewerkz, MItch Gribov, berkata NEWater merupakan pilihan paling tepat untuk membuat bir kerana rasa semulajadi. 


“Kandungan mineral air memainkan peranan penting dalam tindak balas kimia semasa membuat bir,” katanya.


Chew Wei Lian, 58, yang telah membeli bir dari pasar raya berkata, beliau kagum dengan rasa NEWBrew.


"Saya benar-benar tidak dapat memberitahu sama ada bir ini daripada air jamban. Rasanya seperti bir dan saya suka,” kata Chew.


Grace Chen, 52, pula berkata, “Tiada siapa yang tahu anda sedang meneguk bir menggunakan sisa kumbahan melainkan jika diberitahu.”


Namun, tidak semua yakin untuk meminum bir tersebut.


“Begitu banyak jenis bir di pasaran, saya tetap pilih bir daripada air biasa,” kata penuntut Low Yu Chen, 22.


Setakat ini, bir NEWBrew ini mendapat permintaan baik dan dilaporkan sudah kehabisan stok di restoran Brewerkz. 


Bir ini dijangka kembali di pasaran penghujung bulan ini.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.