Nadai gik jem di Batu 6, Kuching...

Nadai gik jem di Batu 6

KUCHING-- Keperitan rakyat terutamanya penduduk di sekitar Kota Sentosa dan Batu 10 dalam berhadapan cabaran kesesakan lalu lintas di laluan Batu 6 berakhir apabila Jejambat Batu 6 selamat dibuka jam 5 petang tadi.

Keadaan trafik kelihatan bergerak, tetapi masih perlahan berikutan hanya satu lorong (lorong memotong) sahaja dibuka kepada orang awam sementara pihak kontraktor masih giat melakukan baki kerja-kerja pembinaan jejambat berkenaan.

Dengan pembukaan satu lorong (lorong memotong) dari kedua-dua arah (Kuching-Serian dan Serian-Kuching) dan pembukaan lampu trafik (traffic light) di bawah jejambat berkenaan, pengguna jalan raya tidak perlu lagi menunggu lama untuk pertukaran lampu trafik.

Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memandu berhati-hati ketika melalui kawasan yang masih lagi dalam pembinaan. 

Menurut Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak  pihak kontraktor sedang giat melakukan kerja-kerja penyiapan Jejambat Batu 6, Seksyen KSR WPC02 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. 

Video ihsan Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak
"Untuk makluman, laluan (lorong memotong) dari arah kedua-dua arah (Kuching-Serian -Kuching) Jejambat Batu 6 akan dibuka kepada umum bermula jam 5 petang ini (15 Julai 2022)," katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini. 

Namun, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memandu berhati-hati ketika melalui kawasan yang masih lagi dalam pembinaan. 

"Patuhi tanda trafik yang telah disediakan," ujarnya. 

Sebelum ini, pelaksanaan projek jejambat itu mengalami gangguan berikutan kekurangan bekalan bitumen pada akhir Jun hingga awal Julai lalu. 

Bagaimanapun, pihak kontraktor projek Jejambat Batu 6 dan Batu 7 mengakui stok bitumen yang dibekalkan daripada pembekal di sini telah kembali pulih.

Jurucakap kontraktor berkenaan berkata, gangguan bekalan bitumen itu hanya sementara yang berlaku hujung Jun hingga awal Julai.

Bagaimanapun jelasnya, stok bekalan bitumen itu telah kembali pulih seperti biasa.

Sehubungan itu, jurucakap kontraktor menegaskan bahawa bekalan bitumen telah kembali seperti biasa untuk kegunaan projek berkenaan.



Next Post Previous Post