Notification

×

Iklan

Iklan

Sarawak bakal umum langkah bantu B40 dan M40 miliki rumah

| Julai 15, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-15T12:20:30Z
Michael Tiang

KOTA SAMARAHAN—Kerajaan Sarawak akan mengumumkan beberapa lagi langkah dalam tempoh terdekat, bagi membantu golongan B40 dan M40 di negeri itu memiliki rumah dalam situasi peningkatan harga hartanah yang berlaku sekarang.


Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Michael Tiang berkata program-program itu masih lagi dalam peringkat penilaian akhir kementerian, sebelum dapat disenaraikan dengan program-program bantuan lain yang telah diumumkan sebelum ini.


“Ia (program-program baru) ini akan diumumkan sedikit masa lagi. Kerajaan Sarawak memahami apa yang dialami rakyat berikutan peningkatan harga hartanah ini dan sedang mengambil langkah untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Jelajah Kawalan Peranti Perubatan Fasa Endemik Pihak Berkuasa Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan di sini hari ini.


Beliau berkata sebelum ini kerajaan Sarawak sudah melaksanakan Skim Bantuan Deposit Perumahan sehingga RM10,000 bagi membantu pasangan muda dalam kategori B40 dan M40 di negeri itu untuk membeli rumah pertama mereka.


“Kedua kami ada Program Perumahan Rakyat, yang kami menyewakan rumah (yang disediakan kerajaan Sarawak) pada kadar yang mampu dibayar mereka dan keutamaan diberikan kepada mereka yang tiada tempat tinggal atau penduduk setinggan,” katanya.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update