Jenayah komersil, mangsa rugi RM36 juta

Jenayah komersil, mangsa rugi RM36, Dadah, JSJK, Sarawak Update, Berita Sarawak terbaru

KUCHING-- Jenayah komersial di Sarawak merekodkan jumlah kerugian sebanyak RM36 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2022, dedah Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.


Beliau menjelaskan, jumlah itu menunjukkan peningkatkan sebanyak RM5.5 juta atau 18.04 peratus jika dibandingkan tempoh yang sama tahun lepas iaitu RM30.5 juta.


"Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak bertanggungjawab menyiasat kes-kes jenayah penipuan, pecah amanah jenayah, jenayah siber, pemalsuan,   pemberi pinjam wang tanpa lesen (ah long), wang palsu dan sebagainya.


"Bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2022, sebanyak  1,278 kes dicatatkan berbanding tempoh sama tahun 2021 sebanyak 1451 kes iaitu penurunan sebanyak 174 kes atau 11.92 peratus," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak bagi Julai 2022, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.


Mengulas lanjut, Mohd Azman memberitahu, kes-kes jenayah komersil yang melibatkan mangsa paling ramai di Sarawak serta kerugian akibat jenayah tersebut adalah Internet 236 kes dengan kerugian RM1.3 juta, menyamar 128 kes dengan kerugian RM3.6 juta, tawar pekerjaan 119 kes dengan kerugian RM1.5 juta, macau scam 118 kes dengan kerugian RM8.0 juta dan pinjaman tidak wujud 117 kes melibatkan kerugian RM1.4 juta.


"usaha berterusan JSJK Sarawak bagi membendung   jenayah komersil di negeri ini telah menghasilkan sebanyak 448 tangkapan bagi 2022 berbanding 300 tangkapan bagi tempoh yang sama 2021. 


"Seramai 714 orang (termasuk dari kes-kes tahun sebelum) telah dituduh di mahkamah. Pertuduhan tersebut melibatkan 642 kertas siasatan dan jumlah pertuduhan keseluruhan sebanyak 1,041 dengan jumlah peratusan pertuduhan keempat tertinggi di malaysia iaitu sebanyak 50.23 peratus, selepas Kuala Lumpur, Selangor dan Johor," ujarnya.


Selain itu, beliau memberitahu, kejayaan penyelesaian  kes, kejayaan operasi JSJK Sarawak telah berjaya menumpaskan beberapa sindiket penipuan seperti sindiket penipuan pelaburan - mtrade royal, tangkapan empat suspek Op Vulture PJSJK 1/2022 dan tangkapan tiga suspek Op Vulture.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.