Jual air mineral harga 'kayangan', dua premis di Miri diberi notis

Joe Azmi Jamil

MIRI—Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan notis kepada dua premis di Miri selepas didapati menaikkan harga air mineral ketika tempoh krisis ganguan bekalan air yang berlaku minggu lalu.


Menurut Ketua KPDNHEP cawangan Miri Joe Azmi Jamil, notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan (Akhap) 2011.


Ujarnya, kedua-dua pemilik premis tersebut diberi tempoh selama 14 hari untuk menjawab beberapa perkara di dalam notis tersebut antaranya berkaitan harga barangan air mineral yang dijual.


Joe Azmi berkata, notis itu perlu diserahkan kepada pejabat KPDNHEP Miri untuk mereka menilai semula kadar harga yang dikenakan berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh pemilik kedai terbabit.


Pada minggu lalu, ketika krisis gangguan bekalan air, orang ramai di Miri mengeluh apabila air mineral yang dijual melebih paras biasa.


Kebanyakkan orang awam menyatakan mereka terpaksa membeli air mineral pada harga "kayangan" atau "premium"  kerana krisis ketiadaan bekalan air selama empat hari selepas paip utama di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu mengalami kebocoran.


Lebih 65,000 pengguna di Miri terjejas kerana gangguan bekalan air.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.