Netizen komen harga jeti di Kampung Mutap mahal, lelaki ini senaraikan anggaran kos


MIRI: Lagi individu tampil mencerahkan isu pertikaian kos pembinaan jeti Kampung Mutap, Bekenu dalam kalangan netizen Malaysia yang tular di media sosial sejak semalam.

Seorang pengguna Facebook, Syed Zafirna W Hasmi turut membuat hantaran mengenai perkiraan anggaran kos bagi pembinaan jeti tersebut berdasarkan pengalamannya. 

 
"Netizen komen harga jeti di Kampung Mutap mahal, jom kita sama-sama buat anggaran kasar kos pembinaan jetti tersebut.

"Kos kayu belian RM9,000/MT dan katakan 2 tan diperlukan bersamaan RM18,000 (termasuk wastage). Kos gaji tukang kayu, katakan pada RM120 sehari untuk seorang didarabkan 52 hari bersamaan RM6,240," katanya.

Tambahnya, kos gaji buruh biasa pula dianggarkan RM50 sehari dan untuk empat orang didarabkan 52 hari bersamaan RM10,400.

Katanya, justeru jumlah keseluruhan untuk kos yang dinyatakan di atas adalah RM34,640.

"Kos ini belum termasuk kos-kos berikut, pengangkutan kayu belian ke tapak, peralatan dan kelengkapan untuk bekerja, penggunaan bahan bakar seperti diesel, kemudahan logistik untuk pekerja seperti tempat tinggal, kemudahan air bersih, jamban dan lain-lain.

"Selain itu, sumber elektrik, pengendalian bahan dan peralatan serta kemungkinan pengendalian berganda disebabkan lokasi tapak yang agak pendalaman dan sukar," jelasnya.

Syed Zafirna menambah, caj keuntungan juga tidak harus dilupakan.

Justeru, katanya jika dimasukkan semua kos-kos di atas, orang ramai boleh menilai sendiri sama ada kos RM50, 000 untuk membina jeti tersebut mahal atau sebaliknya.

Katanya lagi, perkiraan di atas disediakan olehnya berdasarkan pengalaman bekerja sebagai kontraktor yang pernah membina rumah-rumah pekerja di ladang-ladang sawit di seluruh Sarawak yang lokasinya agak pendalaman dan sangat sukar untuk diakses pada tahun sekitar 2003 hingga 2005.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.