Rancangan Pembangunan Semula Kampung Datu Sibu

SIBU -- Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, mendedahkan rancangan untuk membangunkan semula Kampung Datu dan menekankan kepentingan mengekalkan warisan budayanya. 

Beliau menyatakan, kerajaan berhasrat untuk pembangunan semula Kampung Datu di samping mengekalkan ciri-ciri sedia ada, tetapi perlu ada pembaharuan dan mesti memodenkan kawasan itu sambil mengekalkan ciri-ciri budayanya yang melambangkan warisan Kampung Datu.

“Kita ada lebuh hias daripada Masjid An-Nur terus ke tebingan sungai dan dibangun rumah-rumah dan kampung yang moden. Kalau Darul Hana boleh dibuat, saya yakin Kampung Datu Sibu pun boleh dibuat, tambah beliau. 

Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bahagian Sibu bertempat di Dewan Cancelor Tun Abdul Taib Mahmud di Universiti Teknologi Sarawak, di sini.

Tambahan pula, Abang Zohari menggariskan rancangan untuk mencantikkan tebing sungai Sungai Igan, menggabungkan ciri-ciri menarik dan membina pusat konvensyen yang dilengkapi dengan kemudahan moden, bertujuan untuk mempertingkatkan infrastruktur Sibu. 

"Ini akan membuka jalan untuk memodenkan infrastruktur sedia ada kampung asal Sibu. Bermakna daripada kemuyang ke Teku hingga ke Universiti Teknologi Sibu (UTS) dan menghubung kepada Kampung Datu. Bermakna Kampung Datu diperbesarkan hingga ke Kemuyang,” katanya. 

Dan ini akan memberikan lingkaran mobiliti bersepadu dan ini akan menjadi sebuah perkampungan yang baru untuk kawasan Nangka. 

Pada majlis tersebut Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Sanusi turut hadir bagi menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bahagian Sibu. 

Turut hadir isteri premier, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Jaafar, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee.
Next Post Previous Post