Lori batu ulang alik punca Jalan Bukit Sabun rosak?

LONG LAMA— Ribuan penduduk dari kawasan Apoh yang melalui Jalan Bukit Sabun untuk ke Long Lama dan Miri berdepan dengan risiko kemalangan berikutan keadaan jalan yang rosak teruk.

Borneo Network difahamkan, jalan tersebut sebelum ini dalam keadaan baik namun lori membawa lebih muatan berulang-alik menyebabkan masalah itu seperti tiada berkesudahan.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan seorang penduduk, laluan berkenaan berlubang, tidak rata dan bertakung dengan air dipercayai akibat lori batu yang tidak putus-putus melalui kawasan itu.

“Tidak sampai 500 meter pun, tetapi pihak berwajib cuma membuta mata sahaja.

“Kasihan sahabat Muslim kita yang akan ke masjid pada bulan Ramadan dan ibu bapa memandangkan sesi persekolahan yang akan bermula beberapa hari lagi.

“Tidak ada belas kasihankah pihak berkenaan dengan ibu bapa pelajar harian sekolah dari STP Betok, Besungai, Batu Gading menghantar anak ke sekolah nanti?,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

“Jalan raya itu sudah bertahun tidak dibaiki dan sebagai langkah penyelesaian jangka pendek kami merayu agar lubang-lubang tersebut ditutup,” katanya.

Netizen turut melabelkan jalan itu seperti kolam air dan jalan pergi ke bulan.

Keadaan jalan tidak rata dan berlubang membahayakan pengguna jalan terutama penunggang motosikal pada waktu malam.

“Seram lintas jalan ini, apa lagi kami yang memandu kereta kecil.

Pengguna media sosial turut menyalahkan lori yang membawa lebih muatan punca jalan itu cepat rosak.

“Kalau la lori tidak ambil batu dari sini, saya rasa ok lagi jalan ni..ni berpuluh lori masuk keluar angkat batu pakai jalan ni..mana tidak teruk jalan ni kena lori,” kata seorang netizen.

“Beritahu mereka (lori) angkat batu pakai perahu, ikut jalan air.

“Sebelum ini jalan tu bagus, gara gara lori batu yang buat jalan tu rosak teruk. Suruh company batu buat jalan tu,” katanya.

Gambar kredit netizen
Next Post Previous Post