Tiong cabar "Mr X" bersemuka dengan beliau dalam tempoh 2 minggu sebar fitnah kononnya minuman alkohol dan babi dihidangkan di Pejabat MOTAC

PUTRAJAYA -- Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Dato Sri Tiong King Sing melahirkan kekesalan dan marah dengan fitnah yang tular dalam aplikasi WhatsApp kononnya Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menghidangkan alkohol dan babi di pejabat berkenaan.

Menurutnya, beliau yang kecewa dengan fitnah dan khabar angin yang disebarkan oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan di akhir mesej.

"Individu terbabit berani untuk menyebarkan fitnah, namun kecut untuk mendedahkan identiti sebenar yang mana ianya merupakan tindakan seorang pengecut," ujarnya dengan nada kesal.

 'Beliau' katanya mendakwa pernah berkhidmat dengan empat Menteri Kesihatan, tiga orang daripada MCA dan seorang daripada MIC.

'Beliau' turut mendakwa bahawa kakitangan MOTAC sendiri memberitahunya tentang Menteri MOTAC yang minum minuman keras dan makan daging khinzir di pejabat, dan mengarahkan kakitangan beragama Islam mencuci pingan-pingan yang digunakan. 

"Tuduhan ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa kononnya saya seorang yang tidak menghormati penjawat awam dan mengaitkan kenyataan saya sebelum ini mengenai pengharaman minuman keras di Kedah sebagai 'peluru'. 

Jadi tegas beliau, jangan cuba kelirukan rakyat dengan dua isu yang berbeza ini.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu merangkap ADUN Dudong dalam masa sama menggesa mana-mana pihak supaya tidak berselindung di sebalik alam maya dengan menyebarkan fitnah serta khabar angin kononnya minuman alkohol dan babi dihidangkan di Pejabat.MOTAC) di Putrajaya.

"Justeru, saya mencabar pihak terbabit supaya segera tampil dan bersemuka dengan saya bagi membuktikan dakwaaan tersebut dalam tempoh dua minggu dan jangan jadi pengecut," tegasnya.

Dalam masa sama, beliau tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan fitnah seperti ini tidak berlanjutan dan berulang di masa hadapan. 

"Adalah ditegaskan bahawa kami di MOTAC sentiasa menyemai semangat perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain," ujarnya.

Antara keutamaan beliau sejak memimpin MOTAC adalah memastikan persekitaran kerja yang harmoni dan memastikan pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan lancar seterusnya membolehkan agenda rakyat dilaksanakan.

Tiong sebagai menegaskan lagi bahawa beliau tiada pilihan selain mengeluarkan kenyataan ini sebagai menjawab mesej WhatsApp yang disebarkan secara meluas yang menuduhnya minum dan makan daging babi di pejabat termasuk terdapat alkohol yang disimpan di pejabat saya. 

"Saya rasa terkilan dan pelik, kenapa fitnah sedemikian dimainkan," tambah beliau.
Next Post Previous Post