Pemandu Kembara halang laluan ambulans di Sri Aman sudah ditahan

SRI AMAN-- Polis sudah mengambil tindakan terhadap pemandu Perodua Kembara yang menghalang laluan ambulans di KM6 Jalan Sri Aman Kuching.

Ketua Polis Daerah Sri Aman
DSP Mathew Manggie berkata, berdasarkan video yang tular di media sosial semalam sekitar 3 petang, kenderaan nombor pendaftaran QSE5666 tidak memberi laluan kepada kenderaan ambulans yang membawa pesakit ke Hospital Sri Aman.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Sri Aman telah mengambil tindakan mengesan pemandu kenderaan tersebut.

"Pemandu tersebut telah diambil tindakan di bawah bawah Kaedah 9 Kaedah-kaedah Lalulintas 166/59 iaitu kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans," katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang selain peka termasuk memberikan laluan ambulans,kereta bomba, kenderaan polis semasa kecemasan.

Terdahulu, pemandu Kembara yang memandu di lorong kanan enggan memberikan laluan kepada ambulans yang datang dari arah belakang walaupun sudah dibunyikan siren.

Tindakan pemandu itu turut dikecam warganet yang mahu pelaku diheret ke mahkamah kerana membahayakan nyawa orang lain.
Next Post Previous Post