Bekalan letrik 100% sukar dicapai, rakyat selalu pindah-randah

BINTULU— Sarawak sukar mencapai angka 100 peratus dalam penyaluran tenaga elektrik berikutan penduduk pedalaman yang sering berpindah-randah.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, berkata pihaknya cuma boleh mengatakan "hampir 100%” kerana data banyak bergantung dengan keadaan sebenar di lapangan. 

Beliau berkata kunjungan beliau ke Rumah Richard, Serupai hari ini sekali lagi membuktikan cabaran itu begitu menyukarkan untuk dipenuhi kerajaan kerana melibatkan ongkos yang besar. 

"Rumah Richard, Serupai, saya dimaklumkan SEB dan tuai rumah bahwa bekalan elektrik di bawah program the last miles dibawah projek rakyat kerajaan negeri sudah pun siap," kata beliau, ketika ditemui wartawan hari ini. 

Penduduk Rumah Richard, misalnya kata Julaihi berpindah dari Kuala Serupai ke lokasi baharu, dan ia memerlukan masa untuk mereka disambung dengan bekalan elektrik daripada grid yang datang dari Balingian. 

Julaihi menegaskan "Sekarang kita boleh mengatakan di seluruh Sarawak, kita sudah mempunyai bekalan elektrik menggunakan sistem grid, seluruh Sarawak sudah diliputi oleh sistem grid, cuma bezanya ialah last miles." 

"Itu yang kita gunakan last miles, sebab kadang-kadang ada kawasan yang sudah diliputi dengan bekalan elektrik tetapi ada munculnya rumah baru, rumah panjang baru yang dibina yang memerlukan bekalan elektrik atau air, ini yang amat sukar untuk kita hendak sampai kepada 100 peratus.

“Ada juga penduduk pindah kerana hakisan atau anak dari bandar lebih suka pindah ke kawasan kampung kerana ada jalan raya serta akses lebih baik, maka ini merupakan last miles yang menjadi cabaran kepada kita.

“Jadi ini antara faktor untuk yang kita ambil kira, jadi kalau kita lihat keseluruhan kawasan memang sudah mempunyai liputan penuh terutama di kawasan bandar dan kawasan pinggir bandar,” jelasnya. 

Sementara itu Pilihan Raya Kecil (PRK) Jepak pada 4 November ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Iskandar Turkee (GPS), calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

DUN Jepak mempunyai 22,804 pemilih yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis.
Next Post Previous Post