Kilang kayu di Lawas didenda RM5,000 akibat tiada sijil perakuan bomba
(Dari kiri) Clarence, Ricky dan Hafizul di Mahkamah Majistret Lawas. |
Lawas -- Sebuah kilang didenda RM5,000 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana gagal mendapatkan Sijil Perakuan Bomba daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Syarikat Lawas Lumber Wood Processing Sdn Bhd yang tidak diwakili peguam,mengaku bersalah dan membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Shafiza Abdul Razak Tready.
Berdasarkan pertuduhan, syarikat berkenaan didakwa tiada perakuan bomba berkuat kuasa di bawah Seksyen 33 Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sarawak Ricky Dasep dan siasatan dikendalikan Pengawai Penyiasat Clarence D. Primus Tiandun dan Chong Bui Chyan.
Turut hadir ialah ketua Cawangan pendakwaan JBPM Negeri Sarawak Pegawai Bomba Hafizul Abdul Kadir.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.