Warga emas hilang 24 jam dalam hutan ditemui selamat
SARATOK: Seorang warga emas wanita yang dikhuatiri sesat dalam hutan semasa keluar mencari sayur-sayuran berhampiran rumah panjangnya di Engkeranji Krian ditemui selamat pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, mangsa yang dikenali sebagai Gada garit berusia 80 tahun ditemui pada jarak 3 kilometer dari lokasi terakhir beliau dilihat semasa keluar mencari sayur-sayuran hutan pada jam 8.30 pagi semalam.
"Sepasukan anggota bomba dari BBP Saratok bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.29 pagi tadi bagi memaklumkan bahawa mangsa sudah ditemui," ujarnya.
Sampai di lokasi, Komander Operasi melaporkan bahawa mangsa sudah dijumpai oleh penduduk kampung dalam keadaan selamat pada jarak 3 kilometerdari lokasi mangsa kali terakhir dilihat dan disyaki hilang.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Saratok menggunakan jentera EMRS untuk pemeriksaan lanjut.
Dengan penemuan mangsa sekaligus menamatkan operasi SAR pada jam 9.25 pagi.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.