UEM Edgenta Maju ke Arah Teknologi, Sebagai Global Orchestrator Bandar Pintar yang Berfokuskan Kelestarian

Syahrunizam Samsudin, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta di salah satu ‘booth’ demonstrasi produk interaktif, semasa ‘Innovation Showcase Day’ di Menara UEM.

KUALA LUMPUR, 31 Julai - UEM Edgenta Berhad (“UEM Edgenta” atau “Syarikat”), syarikat Pengurusan Aset & Penyelesaian Infrastruktur yang terkemuka di rantau, baru-baru ini telah menyambut "Bulan Inovasi" (“Innovation Month”) yang berlangsung selama sebulan dengan tema "Penggerakan Teknologi, Menerajui Kelestarian". 

Sambutan ini menekankan transformasi UEM Edgenta ke arah penyelesaian bandar pintar yang didayakan teknologi dan kelestarian.

Sepanjang Bulan Inovasi, UEM Edgenta menganjurkan pelbagai sesi yang menarik serta demonstrasi produk , bagi mengalakkan sokongan pihak yang terlibat sebagai sebahagian daripada agenda transformasi ini. ini. Sebagai pemangkin ke arah perubahan positif, program ini memberi penekanan kepada pemacuan teknologi, kemajuan kelestarian, kewujudan peluang pekerjaan, dan kekal mendahului melalui inisiatif peningkatan kemahiran.

Syahrunizam Samsudin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta temu bual dengan media mengenai inisiatif berterusan Syarikat untuk memulakan perjalanan inovasi, memacu pertumbuhan sambil menyampaikan teknologi dan impak yang didayakan kemampanan kepada semua pihak berkepentingan.

Program yang berlangsung selama sebulan ini berakhir dengan Hari Pameran Inovasi dimana pakar industri, penggemar teknologi dan para pelajar dari Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Monash hadir untuk melibatkan diri dalam teknologi proprietari dan penyelesaian kelestarian Syarikat; termasuk Sistem Pengurusan Aset Jalan, penyelesaian digital UETrack™ dan Asseto, platform pengurusan aset Software as a Service (“SaaS”) yang menggabungkan analisis IOT dan ESG.

Peminat teknologi dan pelajar muda dari Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Monash, yang melibatkan diri dalam teknologi proprietari Syarikat dan penyelesaian kemampanan awal hari ini di Menara UEM.

Hadirin berpeluang menyaksikan hasil usaha UEM Edgenta dalam melaksanakan strategi "Edgenta of the Future" ("EoTF 2025"); bertujuan untuk mencapai dua objektif iaitu meningkatkan daya tahan dan mempercepatkan pertumbuhan melalui integrasi teknologi dan penyelesaian
kelestarian dalam penyampaian perkhidmatannya di enam (6) lokasi.

Pemanduan teknologi telah menjadi pendorong ke arah wawasan EoTF 2025. Edgenta NXT, selaku sebuah platform digital, merupakan peneraju yang membina ekosistem teknologi yang telah membantu peralihan Syarikat, daripada mengurus aset individu kepada pemacu nilai, kecekapan dan kesambungan merentasi seluruh bandar menjadi sebuah bandar pintar.

Pekerja UEM Edgenta bersama pelajar Universiti semasa ‘‘Innovation Showcase Day’, sebuah program yang memfokuskan pada memacu teknologi, memajukan kemampanan, mencipta peluang pekerjaan dan terus berada di hadapan melalui inisiatif peningkatan kemahiran.

Syahrunizam Samsudin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta,
mengongsikan kegembiraan dan kebanggaan beliau terhadap kejayaan acara ini. "Usaha berterusan kami bagi menerajukan inovasi adalah bukti komitmen UEM Edgenta dalam memupuk budaya kecemerlangan dan kemajuan. 

Pertukaran idea baru telah memberi semangat kepada kami untukmemacu penambahbaikan berterusan serta memberi impak positif kepada pekerja kami, masyarakat dan alam sekitar.”
Next Post Previous Post