Jalan sekitar Tebingan Kuching ditutup mulai 6 pagi esok sempena Hari Bandar Raya Kuching Ke-35

KUCHING—Beberapa jalan utama di sekitar Tebingan Kuching akan ditutup dan dilencongkan bagi memberi laluan sambutan majlis memperingati Ulang Tahun Hari Bandar Raya Kuching Ke-35, esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa berkata, majlis ini akan diadakan mulai jam 9.00 pagi di Tebingan Kuching dan dihadiri oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Penutupan dan lencongan jalan akan dilakukan bermula bermula jam 6 pagi dan akan dibuka semula kepada laluan awam selepas
program selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, penutupan melibatkan Jalan Wayang, Jalan Main Bazaar, Jalan Old Court House, Jalan Khoo Hun Yeang dan Jalan Power/Jalan Market.

Ujarnya orang awam dinasihati meletak kenderaan di kawasan yang ditetapkan iaitu di Reservior Park,Bangunan Saujana, Medan letak kereta Sarawak Plaza, Bangunan Medan Pelita dan Medan letak kereta Plaza Merdeka
 
“Bagaimanapun, keperluan penutupan dan lencongan jalan ini bergantung kepada keadaan semasa yang difikirkan sesuai berdasarkan penilaian aliran trafik oleh pegawai polis trafik yang bertugas agar tidak menganggu pengguna jalan raya yang ingin melakukan aktiviti harian yang lain. 

Beliau menasihatkan orang awam mengikut tanda-tanda isyarat kawalan lalulintas pegawai polis yang bertugas untuk melancarkan trafik.
Next Post Previous Post