Terima rasuah: Pegawai Penguatkuasa direman oleh SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengawai penguat kuasa bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800 daripada seorang ejen bagi tujuan menguruskan visa kemasukan dua warga Indonesia ke Malaysia tanpa melalui prosedur yang sah.

Perintah reman selama lima hari bermula 15 hingga 19 Februari 2023 dikeluarkan oleh Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali di Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang bertugas di sebuah jabatan itu dipercayai ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kuching, Sarawak.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Next Post Previous Post