Kesesakan Lapangan Terbang Miri, kos makanan meningkat agenda utama

MIRI— Isu penyelenggaraan dan kesesakan di Lapangan Terbang Miri akan dibangkitkan Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man sewaktu persidangan di Parlimen minggu ini.

Menurut Chiew, Kementerian Pelancongan Sarawak juga menyasarkan kira-kira jumlah tiga juta pelawat yang akan menggunakan lapangan terbang ini pada hujung tahun ini.

“Namun jumlah pelawat dan pengguna telah melebihi kapasiti asal sebanyak dua juta setahun sejak 2012. 

Isu penyelenggaraan dan kesesakan di Lapangan Terbang Miri turut sering dibangkitkan oleh warga Miri.

Oleh itu, saya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan perancangan Kerajaan dalam menaik taraf dan menambahbaikan Lapangan Terbang di Miri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perancangan ini penting memandangkan Lapangan Terbang Miri adalah lapangan terbang ke-6 paling sibuk di Malaysia. 

Selain itu, Chiew yang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak akan membangkitkan isu kenaikan harga barangan terutama telur, ayam dan babi.

Beliau berkata, harga barangan ini merupakan isu yang amat berkait rapat dengan seluruh rakyat Sarawak khususnya warga Miri. 

“Kenaikan harga makanan tersebut telah menambahkan beban rakyat terutamanya bagi mereka golongan B40,” katanya

Beliau akan meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menawarkan bantuan kepada penternak bagi mengurangkan kos pengeluaran telur dan daging.

“Cadangan ini diharap dapat seterusnya mengurangkan harga barang makanan terutama berasaskan daging dan telur,” katanya.

#miri
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.