Presiden PETRONAS kunjungi Abang Jo - Universiti Melbourne tawar program pemerkasaan penjawat awam

KUCHING, Selasa : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg menerima kunjungan hormat yang pertama di Pejabat beliau pada pagi Selasa daripada Presiden dan Ketua Eksekutif PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk taklimat ringkas kepada Premier mengenai perkembangan terkini semua usahasama PETRONAS dengan Sarawak dalam kegiatan huluan, pertengahan dan hiliran dan juga kerjasama kearah tenaga yang boleh diperbaharu termasuk hidrogen dan juga petrokimia. 

Kunjungan kedua adalah daripada Mathew Greenwood - Nimmo daripada University of Melbourne untuk membincangkan beberapa perkara mengenai pemerkasaan penjawat awam Sarawak. Turut hadir Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak. Sarawakku
Next Post Previous Post