Penantian 30 tahun penduduk Ulu Suai berakhir, Jalan Ulu Suai siap dibina

MIRI: Penantian 30 tahun penduduk di Ulu Suai berakhir dengan siapnya jalan sepanjang 18.99 kilometer yang bernilai RM68 juta, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya, kerja-kerja menaik taraf jalan ini yang menggunakan teknologi terbaru iaitu “cold in-situ pavement recycling” (CIPR) with cheap seal-surface dressing” dan yang pertama dan seumpamanya digunakan di negara ini.

Menurut Uggah ia akan menghasilkan permukaan jalan raya yang lebih tahan kitar semula turapan (CIPR) Cold in- situ dengan Pembalut Permukaan Pengedap Cip.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sejurus menjalankan lawatan kerja ke tapak jalan terbabit di Suai hari ini.

"Teknik pembinaan jalan ini merangkumi proses rawatan jalan yang mengalami kecacatan pada struktur termasuk menaik taraf terdiri daripada penambahbaikan sistem perparitan termasuk penggantian pembentung, pembinaan pembentung baharu, penyediaan parit tepi jalan dan saliran di cerun," ujar beliau.

Katanya kos membina jalan meliputi peruntukan semua tanda jalan yang diperlukan seperti tanda jalan, tanda turapan, pagar, rawatan tanah dan struktur penahan jika diperlukan.

Uggah menegaskan, teknologi CIPR mungkin digunakan untuk menaik taraf lebih banyak bekas jalan balak jalan ladang di jalan luar bandar negeri.

Kerja naiktaraf jalan Ulu Suai itu dilancarkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pada bulan Ogos 2020.

Jalan raya sepanjang 19 km tersebut akan memberi keselesaan kepada 3,000 lebih penduduk di sepanjang jajarannya pada mulanya dijangkakan siap penghujung 2021 namun dipercayai terbengkalai berikutan masalah kontraktor. 

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Dato Majang Renggi dan Pengarah JKR Negeri Ir Richard Tajan antara yang turut serta dalam lawatan.
Next Post Previous Post