Rasuah RM15 Juta: SPRM tahan Tiga Individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga individu yang terdiri daripada pengarah syarikat kerana disyaki terlibat dalam penerimaan rasuah berjumlah kira-kira RM15 juta bagi mendapatkan projek pembinaan sebuah pengkalan di Pahang.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 40 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira jam 8.30 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya. 

Sumber berkata, suspek pertama dipercayai seorang pengarah syarikat yang melobi projek pembinaan tersebut manakala dua lagi suspek yang juga pengarah syarikat pula disyaki meminta serta menerima rasuah yang kononnya untuk diserahkan kepada seorang bekas menteri.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 17 Februari 2023  
dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha bt Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. 

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.