Kanak-kanak 2 tahun dikhuatiri hilang di kuari
SEMATAN--Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikhuatiri dihilang di kuari Batu Perigi, Jalan Kampung Perigi di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Muhammad Rayyan Bujang Abdul Qayyum.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.05 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.
"Mangsa dikhuatiri hilang sebaik disedari oleh ibu mangsa semasa sedang menunggu suami beliau pulang dari bekerja bertempat di pondok kuari Batu Perigi.
"Semasa menunggu, mangsa kali terakhir dilihat oleh ibu mangsa sedang bermain di luar kawasan pondok belakang rumah kongsi kuari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,setelah menyedari mangsa tiada bersebelahan, usaha ibu mangsa memanggil serta bergegas mencari mangsa dengan bantuan suami dan beberapa pekerja sekitar kawasan namun masih gagal ditemui.
"Pasukan penyelamat seramai lapan anggota memulakan operasi SAR pencarian disekitar belakang rumah serta sekitar kawasan kawasan belakang rumah dan kuari dalam radius 500 meter sehingga 1000 meter sehingga ke kawasan ladang sawit.
"Turut terlibat dalam operasi SAR itu ialah pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam(APM) dan pekerja kuari," ujarnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.