Lantik Nurul Izzah sah dari segi undang-undang dan moral. Yang salah adalah terima gaji berpuluh ribu tapi tak buat kerja - ABUN SUI ANYIT

MIRI— Pelantikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sah dari segi undang-undang dan moral.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, pelantikan itu adalah hak mutlak PM dan tidak menyalahi undang-undang.

“Lantikan ini juga sah dari segi moral kerana pelantikan ini tidak diberi gaji, elaun dan kuasa. Beliau juga mempunyai kelayakan dan keupayaan untuk membantu PM.

Apa yang salah dari segi moral ialah melantik mereka yang tidak layak dan pada masa yang sama diberi gaji yang tinggi hingga RM27,000 atau lebih sebulan. Tetapi tidak melakukan apa-apa, hanya terima jawatan dan gaji, itu salah” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberikan contoh yang telah diketahui ramai dalam istilah ‘legally right but morally wrong’ ialah pelantikan oleh pemimpin – pemimpin Perikatan Nasional sebelum ini terhadap kawan-kawan, saudara mara, anak-anak dan menantu mereka tetapi diberi gaji dan elaun yang tinggi serta segala kemudahan yang berkaitan. 

Malah diberi projek hingga mencecah berbillion ringgit.

Ujar Abun, ini berbeza dengan lantikan Nurul Izzah yang hanya menjalankan tanggungjawab untuk berbakti kepada negara secara sukarelawan.

Tegas beliau, pelantikan tersebut tidak bermaksud PM melebihkan Nurul Izzah daripada yang lain.

“Nurul Izzah memang ada kelayakan dan pengalaman, malah tiada gaji, elaun dan kuasa mengarah dan memanggil mesyuarat,” katanya.
Next Post Previous Post